KBS perkenal Jualan Sukan Rahmah

KBS perkenal Jualan Sukan Rahmah

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memperkenalkan inisiatif Jualan Sukan Rahmah (JSR) 2023 dengan penglibatan 10 syarikat peruncitan sukan bermula Sabtu ini sehingga 15 Oktober depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, jualan yang akan dibuat secara fizikal dan maya itu adalah bersempena sambutan Hari Malaysia ke-60, Sabtu ini dan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober.

Beliau berharap, jualan barangan sukan dengan harga murah dan berpatutan yang diinspirasikan daripada Menu Rahmah hasil cetusan idea Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub itu, mampu meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

"Secara tidak langsung, penglibatan lebih ramai rakyat dalam kegiatan sukan akan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, selari dengan Visi Sukan Negara 2030 iaitu Malaysia mencapai status Negara Bersukan menjelang tahun 2030,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran JSR di sini pada Khamis.

Kesemua 10 syarikat terlibat ialah Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd di semua 187 cawangan, Gatti (M) Sdn Bhd (27); Leonian (Malaysia) Sdn Bhd (20); MST Golf Group Berhad (1); Team Delta Rovers Malaysia Sdn Bhd (1); dan Maxx Sports Sdn Bhd (2).

Selain itu, ialah Original Classic Holdings Sdn Bhd (71); Hakka Clo Plt (1); Pro Apparel Group Sdn Bhd (1); dan Decathlon Malaysia Sdn Bhd (14 cawangan).

Hannah berkata, seterusnya beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak industri sukan yang menyediakan servis, fasiliti atau gelanggang sukan dengan kos yang berpatutan supaya orang ramai mampu menggunakannya.

"Laporan tinjauan perbelanjaan isi rumah 2019 menunjukkan kos peralatan sukan renang, baju renang dan gogal hanya sekitar RM150, berbanding kos kelas renang RM200-300 bagi empat sesi di sekitar Lembah Klang. Hanya beberapa aktiviti seperti memanah, ekuestrian dan menembak memerlukan kos signifikan untuk peralatan.

"Tetapi bagi acara lain yang banyak diceburi kanak-kanak dan orang awam memerlukan kos lebih tinggi untuk kelas latihan dan jurulatih. Pengurangan kos penting untuk galak penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti sukan supaya kita mempunyai pembangunan bakat sukan, kalau tidak, mereka hanya bermain ikut suka hati tanpa hala tuju,” katanya.